04 November 2012

MKP Pasti Ar-Raihan Bandar Kinrara 2012

Alhamdulillah. Bertempat di Dewan Serbaguna MPSJ BK2, telah berlangsung Majlis Kecemerlangan Pelajar Pasti Ar-Raihan 2012 dengan jayanya. Majlis diserikan dengan kehadiran ibu bapa serta diikuti dengan persembahan daripada para pelajar 4,5 dan 6 tahun. Majlis bermula pada pukul 8.30 pagi dan berakhir pada 12.00 tengahari. 

Terima kasih kepada semua yang hadir.














 








Majlis Kecemerlangan Pelajar (MKP) Kawasan Puchong 2012

Pada 3 November 2012 telah berlangsung MKP PASTI Kawasan Puchong di Stadium Tertutup MPSJ Sri Serdang Selangor. Sebanyak 16 buah PASTI Puchong terlibat bagi menjayakan program tersebut.










Peperiksaan Setara PASTI Kawasan Puchong 2012

Pada 31 Oktober 2012 yang lalu, bertempat di Masjid As-Salam Puchong Perdana, Pasti Ar-Raihan telah menghantar empat orang pelajar untuk menduduki peperiksaan setara bagi peringkat kawasan Puchong. Pelajar tersebut telah dipilih berdasarkan keputusan cemerlang yang diperolehi pada peperiksaan akhir tahun yang lalu. 

Pelajar 6 Tahun 
1. Aisyah Humaira Bt Abu Bakar
2. Nur Raihan Bt Mohd Ferdaus

Pelajar 5 Tahun
1. Nur Aira Farisha
2. Umar Solahuddeen B. Mohd Nadzri

Tahniah diucapkan kepada pelajar-pelajar yang berjaya, khususnya kepada adik Aisyah Humaira Bt. Abu Bakar yang telah berjaya mendapat tempat kedua. Beliau telah memperolehi markah keseluruhan sebanyak 96% dan telah mengharumkan nama Pasti Ar-Raihan di peringkat Kawasan Puchong.














16 September 2012

Jemputan Majlis Hari Raya Pasti Ar-Raihan


Assalamualaikum wbt,

Untuk makluman ibu bapa/penjaga, Pasti Ar- Raihan akan mengadakan majlis jamuan seperti berikut:

Tarikh : 23 September 2012 (Ahad)
Masa : 10.00 am - 12.00 pm
Tempat : Padang Permainan berhadapan PASTI Ar-Raihan

Aturcara Majlis
10.00 am - Kehadiran Tetamu
10.30 am - Jamuan Makan dan Persembahan dari PASTI Ar-Raihan
11.00 am - Penyampaian Hadiah dan Saguhati
12.00 pm - Majlis Bersurai

Pihak pengurusan PASTI Ar-Raihan menjemput ibu bapa/penjaga sekeluarga untuk turut memeriahkan majlis tersebut. Kedatangan amatlah dialu-alukan.

Sekian, terima kasih.


09 September 2012

PASTI Ar-Raihan Raih Juara Nasyid Berkumpulan 2012

Hari Alam Ria PASTI Kawasan Puchong - 1 September 2012

Alhamdulillah anak-anak PASTI Ar-Raihan Bandar Kinrara telah menyertai Hari Alam Ria PASTI 2012 Kawasan Puchong yang telah diadakan di Kompleks 3C Subang Jaya pada Ahad, 1 September 2012 yang lalu. Antara acara yang telah dimenangi oleh PASTI Ar-Raihan adalah seperti berikut:

  • Nasyid Berkumpulan: Juara dengan membawa lagu Ya Badrotim dan Doa Dhuha.
  • Hafazan - Naib Juara: Adik Nursyahirah Bt Sobri
  • Azan - Tempat Ketiga: Adik Raif Bin Azmee
video
Persembahan Nasyid PASTI Ar-Raihan

Pihak Pengurusan PASTI Ar-Raihan ingin merakamkan penghargaan dan tahniah di atas kejayaan anak-anak tunas Islam ini. Mudah-mudahan bakat mereka dapat dikembangkan dengan lebih baik lagi di masa akan datang. Tahniah juga kepada guru-guru PASTI yang telah berusaha melatih mereka sepanjang Ramadhan yang lalu. Mudah-mudahan usaha mereka diberkati Allah SWT.

Majlis Penyampaian Hadiah
Walau bagaimanapun, saingan hebat di peringkat cawangan hanya meletakkan kumpulan nasyid ini sekadar menduduki tempat kelima. 

Syabas dan tahniah kepada pemenangnya PASTI Daerah Sepang.





LinkWithin

Related Posts with Thumbnails