23 November 2010

Pendaftaran PASTI Ar Raihan 2011 di BUKA !

Atas permintaan ramai , pendaftaran untuk PASTI Ar Raihan telah bermula pada 22 November 2010 hingga kepada 31 Disember 2010.

Untuk maklumat lanjut , sila hubungi terus talian hot line PASTI Ar Raihan di talian 013-518 6085.



12 November 2010

Hari Laporan Kemajuan dan Perkembangan Pelajar 2010

InsyaAllah , pada 13 Nov 2010 akan diadakan Hari Laporan Kemajuan dan Perkembangan Pelajar 2010 bagi PASTI Ar Raihan.

Ibubapa penjaga telah dimaklumkan melalui surat dan sistem sms tentang aktiviti ini bagi mereka mendapatkan laporan kad kemajuan (keputusan peperiksaan akhir tahun 2010) anak-anak mereka disamping dapat berinteraksi secara langsung dengan guru-guru anak mereka, untuk mendalami potensi dan pencapaian pelajar tersebut.

Turut disediakan juga, kepada semua pelajar , sedikit cenderahati daripada pihak PASTI dan kepada pelajar cemerlang setiap kelas , hadiah khas untuk mereka juga disediakan.

Semoga , usaha murni untuk menyemai dan menyuburkan tunas-tunas Islam ini akan mendapat bantuan dan rahmat daripada Allah Taala.

Tahniah sekali lagi kepada para pelajar PASTI Ar Raihan 4,5 dan 6 tahun untuk sesi 2010 dan juga selamat bercuti kepada semua murid-murid. Spt dimaklumkan , PASTI akan mula bercuti bermula 15 November 2010.

Di harap kite berjumpa lagi tahun hadapan.

30 October 2010

Hari Bakat PASTI Puchong 2010

Salam.

Alhamdulillah , hujung minggu lepas pada 24 Oktober 2010, Hari Bakat PASTI Puchong 2010 telah sempurna diadakan. Keseluruhan 10 buat PASTI di sekitar kawasan Puchong telah menyertai acara yang dipertandingkan antaranya Nasyid berkumpulan , pidato , sajak , bercerita , hafazan dan azan.

Yang lebih membanggakan , PASTI Ar Raihan telah dinobatkan sebagai Naib Johan keseluruhan untuk Hari Bakat PASTI Puchong 2010. Tahniah kepada semua pelajar dan tenaga pengajar yang tertungkus lumus melatih dan membimbing para pelajar.

Antara acara yang dimenangi oleh PASTI Ar Raihan adalah bercerita , nasyid , azan dan sajak. Semoga tahun depan menjanjikan kejayaan yang lebih cemerlang untuk para pelajar dan tenaga pelajar PASTI Ar Raihan.

Tahniah sekali lagi.









05 July 2010

HARI BERTEMU IBU BAPA & PENILAIAN PRESTASI PELAJAR

Kepada:



Ibubapa/Penjaga

Pelajar Pasti Ar Raihan


Tuan/Puan,



HARI BERTEMU IBU BAPA & PENILAIAN PRESTASI PELAJAR



Dengan hormatnya kami merujuk kepada perkara di atas.



2. Sukacita dimaklumkan Pasti Ar Raihan akan mengadakan Hari Bertemu Ibubapa & Penilaian Prestasi Pelajar pada tarikh dan masa seperti berikut:



Tarikh : Sabtu, 10 Julai 2010 (27 Rejab1431)

Masa : 9.00 pg – 12.00 tgh

Tempat : Pasti Ar Raihan, Bandar Kinrara



3. Tujuan di adakan Hari Bertemu Ibubapa ini adalah untuk memberikan peluang kepada ibubapa/penjaga untuk mengetahui dengan lebih terpeinci prestasi pelajar disamping bertukar-tukar pendapat dengan para guru, pihak pengurusan dan juga mengenali sesama ibubapa dengan lebih lanjut.



4. Dengan hormatnya kami ingin menjemput tuan/puan dan anak-anak untuk hadir pada tarikh dan masa seperti yang dinyatakan di atas. Dengan kehadiran tuan/puan pastinya hari tersebut akan lebih bermakna kepada anak-anak kita.



5. Akhirnya, marilah kita sama-sama berdoa semoga Allah SWT agar memberikan kejayaan dalam kehidupan kita semua di dunia dan di akhirat nanti, insya Allah.



Yang menjalankan amanah,





--------------------------

Mohd Fadzli Kadir

Pengurus PASTI Ar Raihan

18 May 2010

Peperiksaan Selaras Pertengahan Tahun 2010

Salam.

Bermula 17 Mei 2010 hingga 22 Mei 2010 (Isnin hingga Jumaat) , akan berlangsung secara serentak peperiksaan selaras pertengahan tahun 2010. Kesemua pelajar tahun 5 dan 6 seluruh negeri Selangor termasuk di PASTI Ar Raihan akan melaksanakan peperiksaan secara serentak.

Dengan keseragaman silibus di seluruh negara , kertas peperiksaan juga diselaraskan dan diseragamkan di peringkat PASTI Pusat dan PASTI Negeri.

Insya Allah, di PASTI Kawasan Puchong , akan diadakan peperiksaan setara , diperingkat Kawasan , tetapi untuk peperiksaan akhir tahun.

Pihak Pengurusan PASTI Ar Raihan mengucapkan , selamat menempuh minggu peperiksaan kepada para pelajar 5 tahun dan 6 tahun. Semoga , keputusan yang bakal diperoleh dapat menjadi kayu ukur pencapaian para murid setakat 5-6 bulan persekolahan sesi 2010 ini dan langkah-langkah sewajarkan akan dilaksanakan bersama guru-guru dan ibubapa.

Untuk makluman awal, pihak PASTI Ar Raihan bakal mengadakan Hari Terbuka dan Pengambilan Rekod Kemajuan Para Pelajar , semasa sesi persekolahan dibuka semula selepas cuti pertengahan tahun,InsyaAllah.
Ibubapa akan dimaklumkan dengan perkembangan semasa berhubung dengan program di atas.

Sekian , terima kasih.

Pengurus ,
PASTI Ar Raihan

14 April 2010

Pesta Sukan PASTI Kawasan Puchong 2010

Pada 10 April 2010 yang lalu, PASTI Ar Raihan turut menyertai 9 buah lagi PASTI Kawasan Puchong dalam acara sukan bola sepak dan bola jaring yang dipertandingkan di peringkat kawasan.

Alhamdulillah , peningkatan ketara kepada pasukan bola sepak dan bola jaring PASTI Ar Raihan walaupun belum mampu untuk menjulang mana-mana tropi kejuaraan.

Tahniah juga kepada guru-guru yang bertungkus lumus menyediakan kumpulan bola sepak dan bola jaring.

Untuk laporan penuh Pesta Sukan PASTI Kawasan Puchong 2010 , sila layari http://pemudapuchong.blogspot.com/

06 February 2010

Bengkel Pengurusan PASTI Kawasan Puchong 2010



(YDP PAS Puchong sedang memberi Ucaptama dan pembentangan kertas kerja)

Alhamdulillah , kini sedang berlangsung Bengkel Pengurusan PASTI Kawasan Puchong untuk sesi 2010. Bertarikh 6 Feb 2010 , bermula jam 10 pagi di Pejabat Pemuda Puchong , Pinggiran Putra. 

Bengkel ini dihadiri oleh Pengurus,Setiausaha,Bendahari dan Guru Kanan dari setiap PASTI. Di Puchong , telah terdapat 10 buah PASTI , yang mana PASTI Ar Raihan merupakan salah satu PASTI di kawasan Puchong.

Dalam bengkel ini , 3 kertas kerja akan dibentangkan dan diakhirnya akan ada sesi resolusi untuk tahun 2010 , bagi menetapkan beberapa polisi untuk memantapkan pengurusan dan pengajaran pada tahun 2010. 

Semoga dengan adanya program ini, dapat memantapkan lagi pengurusan dan sistem pengajaran bagi semua PASTI di Kawasan Puchong , dan seterusnya mengekalkan lagi PASTI Puchong sebagai PASTI Terbaik Peringkat Negeri Selangor untuk tahun 2010 (setelah dua tahun berturut-turut memenangi untuk tahun 2008 dan 2009)







04 January 2010

Selamat Datang dan Selamat Memulakan Pengajian Sesi 2010

Salam.

Hari ini , 4 Januari 2010 bermulalah sesi persekolahan untuk tahun 2010.

Kepada pelajar lama (yang sudah dari pasti tahun lepas) , selamat kembali kami ,pihak pengurusan ucapkan.

Kepada pelajar baru (yang pertama kali mendaftar tahun ni) , selamat datang kami ucapkan.

Semoga pengajian tahun ini akan lebih baik dari segala segi berbanding tahun sudah. Segala cadangan , idea dan komen daripada semua pihak akan dapat sama-sama melahirkan tunas Islam yang lebih berkualiti.

Beberapa penambahbaikan telah diambil oleh pihak pengurusan , antara nya :

1) Menambah bilangan guru kepada 5 orang
2) Mengambil seorang kerani bagi membuat kerja pentadbiran secara tetap
3) Mengadakan taman permainan mini untuk para pelajar
4) Mengecat ruang dalam PASTI termasuk kelas-kelas
5) Meningkatkan keceriaan PASTI dengan alat bantuan mengajar
6) Memfokuskan kepada aktiviti cepat membaca untuk pelajar tahun 5 dan 6 tahun

Semoga sedikit daripada usaha yang dilaksanakan di atas dapat memberi impak positif kepada para pelajar bagi sesi 2010 ini.

Selamat Melayari Sesi Pengajian 2010 kepada semua pelajar dan guru PASTI Ar Raihan

daripada

Pihak Pengurusan PASTI Ar Raihan , Bandar Kinrara

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails