No. 26 Jalan BK4/4 Bandar Kinrara, 47100 Puchong Selangor Darul Ehsan
24 September 2012
16 September 2012
Jemputan Majlis Hari Raya Pasti Ar-Raihan
Assalamualaikum wbt,
Untuk makluman ibu bapa/penjaga, Pasti Ar- Raihan akan mengadakan majlis jamuan seperti berikut:
Tarikh : 23 September 2012 (Ahad)
Masa : 10.00 am - 12.00 pm
Tempat : Padang Permainan berhadapan PASTI Ar-Raihan
Aturcara Majlis
10.00 am - Kehadiran Tetamu
10.30 am - Jamuan Makan dan Persembahan dari PASTI Ar-Raihan
11.00 am - Penyampaian Hadiah dan Saguhati
12.00 pm - Majlis Bersurai
Pihak pengurusan PASTI Ar-Raihan menjemput ibu bapa/penjaga sekeluarga untuk turut memeriahkan majlis tersebut. Kedatangan amatlah dialu-alukan.
Sekian, terima kasih.
09 September 2012
PASTI Ar-Raihan Raih Juara Nasyid Berkumpulan 2012
Hari Alam Ria PASTI Kawasan Puchong - 1 September 2012
Alhamdulillah anak-anak PASTI Ar-Raihan Bandar Kinrara telah menyertai Hari Alam Ria PASTI 2012 Kawasan Puchong yang telah diadakan di Kompleks 3C Subang Jaya pada Ahad, 1 September 2012 yang lalu. Antara acara yang telah dimenangi oleh PASTI Ar-Raihan adalah seperti berikut:
- Nasyid Berkumpulan: Juara dengan membawa lagu Ya Badrotim dan Doa Dhuha.
- Hafazan - Naib Juara: Adik Nursyahirah Bt Sobri
- Azan - Tempat Ketiga: Adik Raif Bin Azmee
Persembahan Nasyid PASTI Ar-Raihan
Pihak Pengurusan PASTI Ar-Raihan ingin merakamkan penghargaan dan tahniah di atas kejayaan anak-anak tunas Islam ini. Mudah-mudahan bakat mereka dapat dikembangkan dengan lebih baik lagi di masa akan datang. Tahniah juga kepada guru-guru PASTI yang telah berusaha melatih mereka sepanjang Ramadhan yang lalu. Mudah-mudahan usaha mereka diberkati Allah SWT.
![]() |
| Majlis Penyampaian Hadiah |
Walau bagaimanapun, saingan hebat di peringkat cawangan hanya meletakkan kumpulan nasyid ini sekadar menduduki tempat kelima.
Syabas dan tahniah kepada pemenangnya PASTI Daerah Sepang.
03 October 2011
04 January 2011
Selamat Memulakan sesi persekolahan 2011
Pasti Ar Raihan akan memulakan sesi pembelajaran untuk sessi 2011 pada 4 Januari 2011.
Selamat kembali ke sekolah untuk pelajar lama dan selamat datang untuk pelajar baru mendaftar.
Semoga usaha dan hasrat untuk menyemai benih tunas Islam akan tercapai dan menghasilkan produk mengikut acuan yang telah ditetapkan.
Ahlan wasahlan.

23 November 2010
Pendaftaran PASTI Ar Raihan 2011 di BUKA !
Atas permintaan ramai , pendaftaran untuk PASTI Ar Raihan telah bermula pada 22 November 2010 hingga kepada 31 Disember 2010.
Untuk maklumat lanjut , sila hubungi terus talian hot line PASTI Ar Raihan di talian 013-518 6085.
Untuk maklumat lanjut , sila hubungi terus talian hot line PASTI Ar Raihan di talian 013-518 6085.
12 November 2010
Hari Laporan Kemajuan dan Perkembangan Pelajar 2010
InsyaAllah , pada 13 Nov 2010 akan diadakan Hari Laporan Kemajuan dan Perkembangan Pelajar 2010 bagi PASTI Ar Raihan.
Ibubapa penjaga telah dimaklumkan melalui surat dan sistem sms tentang aktiviti ini bagi mereka mendapatkan laporan kad kemajuan (keputusan peperiksaan akhir tahun 2010) anak-anak mereka disamping dapat berinteraksi secara langsung dengan guru-guru anak mereka, untuk mendalami potensi dan pencapaian pelajar tersebut.
Turut disediakan juga, kepada semua pelajar , sedikit cenderahati daripada pihak PASTI dan kepada pelajar cemerlang setiap kelas , hadiah khas untuk mereka juga disediakan.
Semoga , usaha murni untuk menyemai dan menyuburkan tunas-tunas Islam ini akan mendapat bantuan dan rahmat daripada Allah Taala.
Tahniah sekali lagi kepada para pelajar PASTI Ar Raihan 4,5 dan 6 tahun untuk sesi 2010 dan juga selamat bercuti kepada semua murid-murid. Spt dimaklumkan , PASTI akan mula bercuti bermula 15 November 2010.
Di harap kite berjumpa lagi tahun hadapan.

Subscribe to:
Posts (Atom)