04 January 2013

"Team Building" Pengurusan PASTI Kawasan Puchong


Menjelang tahun 2013, pelbagai aktiviti telah dijalankan oleh PASTI Kawasan Puchong antaranya Bengkel Pengurusan Pasti Peringkat Kawasan Puchong di Janda Baik, Pahang. Bengkel ini telah diadakan pada hari Sabtu dan Ahad yang lalu berkonsepkan "Team Building" dengan suasana yang penuh ceria. Jadual diisi dengan pelbagai aktiviti lasak dan juga kerohanian.




Bengkel Pengurusan sedang dijalankan

Wahh...bukan main seronok abang lebai ni..

Haa..tadi aku yang patah...sekarang meh aku pulak ikat hang..

Kak...bila nak siap ni..

Adehhdeh.....ikat ker ..jerut ni....

Juara berkumpulan simulasi patah kaki dan tangan...

Ok..mula mula kita kena stretching dulu....

Ikut ana....kita naik 'sky bridge'....


Sedang menikmati keindahan alam ciptaan Allah SWT
Alamak....kaki ana dah 'jam' lah.....ente pikullah

Ini baru titi gantung...belum lagi titian Sirattt...
Akak tak nampak ni...tunggu dulu..

Berapa lama mau tunggu dah.....golok mana dah..

Nampak ni....

Ok la Ok la....ana try bukak pakai kunci lah....



 

Berbincang serius mengenai masa depan Pasti

Alhamdulillah, bengkel ini telah berlangsung dengan jayanya selama 2 hari tanpa sebarang insiden. Syabas diucapkan kepada peserta-peserta bengkel kerana sudi meluangkan masa bagi menghadiri sesi kali ini. Usaha ini akan diteruskan lagi di masa akan datang. 

04 November 2012

MKP Pasti Ar-Raihan Bandar Kinrara 2012

Alhamdulillah. Bertempat di Dewan Serbaguna MPSJ BK2, telah berlangsung Majlis Kecemerlangan Pelajar Pasti Ar-Raihan 2012 dengan jayanya. Majlis diserikan dengan kehadiran ibu bapa serta diikuti dengan persembahan daripada para pelajar 4,5 dan 6 tahun. Majlis bermula pada pukul 8.30 pagi dan berakhir pada 12.00 tengahari. 

Terima kasih kepada semua yang hadir.














 








Majlis Kecemerlangan Pelajar (MKP) Kawasan Puchong 2012

Pada 3 November 2012 telah berlangsung MKP PASTI Kawasan Puchong di Stadium Tertutup MPSJ Sri Serdang Selangor. Sebanyak 16 buah PASTI Puchong terlibat bagi menjayakan program tersebut.










Peperiksaan Setara PASTI Kawasan Puchong 2012

Pada 31 Oktober 2012 yang lalu, bertempat di Masjid As-Salam Puchong Perdana, Pasti Ar-Raihan telah menghantar empat orang pelajar untuk menduduki peperiksaan setara bagi peringkat kawasan Puchong. Pelajar tersebut telah dipilih berdasarkan keputusan cemerlang yang diperolehi pada peperiksaan akhir tahun yang lalu. 

Pelajar 6 Tahun 
1. Aisyah Humaira Bt Abu Bakar
2. Nur Raihan Bt Mohd Ferdaus

Pelajar 5 Tahun
1. Nur Aira Farisha
2. Umar Solahuddeen B. Mohd Nadzri

Tahniah diucapkan kepada pelajar-pelajar yang berjaya, khususnya kepada adik Aisyah Humaira Bt. Abu Bakar yang telah berjaya mendapat tempat kedua. Beliau telah memperolehi markah keseluruhan sebanyak 96% dan telah mengharumkan nama Pasti Ar-Raihan di peringkat Kawasan Puchong.














LinkWithin

Related Posts with Thumbnails