Pesta Sukan Pasti Puchong 2013 kali ini telah berjaya menampilkan barisan anak-anak yang berkemahiran dan mempunyai potensi untuk dikembangkan sebagai pemain profesional satu hari nanti. Tahniah kepada pasukan bola sepak yang telah berjaya muncul sebagai naib johan manakala pasukan bola jaring menduduki tempat keenam.
Tahniah kepada jurulatih dan guru-guru yang terlibat.
Sesi memanaskan badan sebelum acara bermula
Jurulatih Raihan FC sedang memberikan kata-kata semangat
Terima kasih kepada semua ibu bapa dan penjaga kerana terus memberi sokongan dan kepercayaan kepada pengurusan Pasti Ar-Raihan Bandar Kinrara. Guru-guru Pasti akan terus memberi komitmen yang jitu dalam mendidik anak-anak Islam ini agar menjadi insan yang berakhlak mulia dan berilmu. Bersama kita membangunkan ummah..