Salam.
Bermula 17 Mei 2010 hingga 22 Mei 2010 (Isnin hingga Jumaat) , akan berlangsung secara serentak peperiksaan selaras pertengahan tahun 2010. Kesemua pelajar tahun 5 dan 6 seluruh negeri Selangor termasuk di PASTI Ar Raihan akan melaksanakan peperiksaan secara serentak.
Dengan keseragaman silibus di seluruh negara , kertas peperiksaan juga diselaraskan dan diseragamkan di peringkat PASTI Pusat dan PASTI Negeri.
Insya Allah, di PASTI Kawasan Puchong , akan diadakan peperiksaan setara , diperingkat Kawasan , tetapi untuk peperiksaan akhir tahun.
Pihak Pengurusan PASTI Ar Raihan mengucapkan , selamat menempuh minggu peperiksaan kepada para pelajar 5 tahun dan 6 tahun. Semoga , keputusan yang bakal diperoleh dapat menjadi kayu ukur pencapaian para murid setakat 5-6 bulan persekolahan sesi 2010 ini dan langkah-langkah sewajarkan akan dilaksanakan bersama guru-guru dan ibubapa.
Untuk makluman awal, pihak PASTI Ar Raihan bakal mengadakan Hari Terbuka dan Pengambilan Rekod Kemajuan Para Pelajar , semasa sesi persekolahan dibuka semula selepas cuti pertengahan tahun,InsyaAllah.
Ibubapa akan dimaklumkan dengan perkembangan semasa berhubung dengan program di atas.
Sekian , terima kasih.
Pengurus ,
PASTI Ar Raihan
No comments:
Post a Comment